We are Malaysians!

Friday, December 12, 2008
Contoh Karangan : Suisen Re-ta
*
Ok. Nak minta penyambungan scholar ship. Kena ada 5 benda.
1) Surat rasmi nak minta lanjutkan tajaan.
2) Borang dari JPA. Ni embassi email nanti2.
3) Keputusan peperiksaan terkini.
4) Study plan. Contohnya sem ni nak amik ape sem depan nak amik berapa.
5) Surat sokongan. Setelah berhempas pulas berusaha mencari apakebendanye surat sokongan dalam bahasa Jepun. Suisen letter paru-parunye.
*
Tapi yang ber-peliknye. Suisen letter ni kena tulis sendiri. Apa kehohnyelah. Sendiri sokong diri sendiri. Saudari AKmaliyana ni best, baik, rajin. Saya sokong beliau dapat sambung tajaan. Hoh sampai besok.
Mula2 aku ingat kan Yamadai je. Rupanya2 dai2 lain pun begitu jua. HAHA. Ada satu dai tu. Sensei tulis. Tapi belaiau draft dulu. TUnjuk dekat student. Kamdian baru tulis taip betul2 dan sign. Lepastu Alan pun kata kosen pun begitu jua.
Jadi. Kat bawah ni adalah contoh karangan suisen letter. Nanti kohai2 kesayangan ku tak la ber panik nak tulis surat sokongan. Lepastu ha.. malas cakap. Kbye.
*
Disember 10, 2008
Mr. Jasri Kasim
Counsellor
Human Resource Development, Embassy of Malaysia
20 -16, Nanpeidai-Cho, Shibuya-ku, Tokyo 150-0036
Dear Mr. Jasri,
I am writing this reference letter at the request of Ms. Cantik Jelite Tak Minat Farid Kamil, 3rd year student of Mech Engineering, in support of her application for scholarship extension from Malaysia Government for 2009/2010 year.
Ms. Cantik Jelita Tak Minat Farid Kamil has been under my supervision for four years. During this period, I have seen her well achievement in our department these past years. Her growing capability in communication skills is also impressive, that I can see her potential on getting into society very well. She has a great capability in languages, thus, I honestly think she can contribute as an intermediary in architecture area between Malaysia and Japan.
In order to graduate, Ms. Cantik Jelite needs only berapa credits to be finished. That is, 2 credits of Basic Research Thesis (基礎卒業研究―必修), 6 credits of Research Thesis (卒業研究―必修), and 2 credits of any optional subject. (専門科目群―選択) pandai2 ler. I am sure she can manage to complete Yamaguchi University’s requirements for graduation without any problem. Though she had some problems on pursuing to 4th year research early this year, she has shown some improvements in attitude towards responsibility and obligation as a student. Furthermore, lately, I’ve noticed that she has been actively coming to school without skipping class.
For all of these reasons, I am sure Ms. Cantik Jelite Minat Que Haidar will do her best on continuing and finishing her study, and may as well make a respectful contribution for the society, and also your country in future. Therefore, again, I express my recommendation for Ms. Cantik Jelite for the scholarship extension.
Yours sincerely,
Lecturer
Dept. of Nantoka Engineering
Faculty of Engineering, Yamaguchi University
Alamat sekolah
Tel: tepon sensei, E-mail: email sensei
Tuesday, November 11, 2008
Antara Kouyou dan ringgo gari
Hebahkan kepada semua, minat anda yang itu!
Jangan kerana terpaksa, diri anda merana!
Setiap undi anda itu bermakna!
Anda boleh mengundi di ruangan undi di sebelah kanan blog. Andai ada yang ingin ke tempat lain, sila nyatakan pandangan dan komen di ruangan komen.
Thursday, November 6, 2008
Monday, November 3, 2008
Festival Belon Panas Antarabangsa Saga 2008
Perjalanan yang dirancang bermula pada jam 4 pagi akhirnya bergerak juga setelah jam melewati 5 pagi. Seramai 14 orang menyertai aktiviti percutian kali ini. Perjalanan bermula di Jomo untuk mengisi minyak dan terus memecut ke lebuhraya di Onoda demi mengejar masa yang telah berlalu.
Di lebuhraya, kanak-kanak Fit 1.3 telah dipaksa untuk mengejar pakcik Odyssey dan Accord yang mana masing-masing berkuasa kuda 2.0. Kanak-kanak Fit berjaya mengejar pakcik Odyssey dan Accord setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Peluh dan keringat yang mengalir di seluruh kanak-kanak Fit memang tidak dapat disangkal lagi. Bak air terjun Gunung Ledang di waktu pagi. Namun, cerita itu boleh diabaikan. Kembali kepada cerita asal, lebih kurang jam 6 pagi, kami berhenti di kawasan rehat dan rawat lebuhraya untuk menunaikan solat subuh yang agak-agak menuju kegajahan. Perjalanan diteruskan pada jam 6.30 pagi.
Perjalanan yang disambung masih memaksa aksi kejar-mengejar di antara kanak-kanak dan pakcik. Sehinggalah pakcik-pakcik itu terserempak dengan pak polisi di lebuhraya yang memandu dengan penuh hemah dan berhati-hati. Keadaan di samping pak polisi amat terkawal sehinggakan semua kereta beratur dengan sopan di belakang pak polisi. Hampir 15 ke 20 minit berlalu, pak polisi keluar di salah satu jalan keluar. Pakcik Odyssey kembali menunjukkan belang dan taringnya. Lantas pakcik Odyssey kembali memecut. Kanak-kanak Fit sekali lagi dipaksa bekerja keras.
Jam 7.28 pagi, kami keluar daripada lebuhraya menuju ke tapak FBPAS 2008. Berhenti seketika di tepi Restoran Chateau Bunga sambil menunggu pakcik Accord membayar tol. Jam 8 pagi, kami berjaya meletakkan kereta dengan membayar 500yen di sebuah kedai lori yang mengambil kesempatan menawarkan perkhidmatan tempat letak kereta dengan syarat meninggalkan kunci kereta supaya kereta senang dialihkan andai ada kereta terhalang yang ingin keluar.
Setelah puas menonton belon panas, kami bergerak ke Tosu Outlet pada jam 12 tengahari. Kanak-kanak Fit terpaksa pulang awal atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Maka baliklah kanak-kanak Fit seramai 5 orang pada jam 6.48 malam. Pakcik Odyssey dan Accord yang masih asyik membeli belah bergerak kemudian. Setelah pelbagai rintangan dilalui, kanak-kanak Fit tiba di Sunshine pada jam 9 malam.
Di FBPAS 2008, warga yamadai sempat berjumpa dan beramah mesra dengan warga universiti yang lain seperti Universiti Kyushu, Nagasaki dan Saga. Semoga ukhwah yang terjalin ini dapat kita teruskan di mana-mana festival atau keramaian yang anda.
P/S - gambar yang ada, silalah muat naik ke laman sawang kita supaya semua dapat melihat dan merasa
Tuesday, October 14, 2008
xde cite pape pun,saje nk buh gmbr ni.sbb aku suke sungguh gmbr ni.
Open House Teratak Shiawase kak hanny sekeluarga di moji.
minna muka kenyang dan hepi.happening je.hah,ape kata gmbr salam perantauan seterusnye kite amik gmbr cmni.nmpk terang jelas dan nyata serta meriah.
tima kasih x terhingga utk kak hanny sekeluarga.mkn sedap sgt.lain kali kami dtg lagi..hikhikhik.
Monday, October 13, 2008
Warga Sunshine, sila ber-hati2
*
Kejadian 1
Hari Khamis malam Jumaat 9 Oct lalu. Dalam pukul berapa tah la tak ingat. 12-1 pagi gurai. Aku (Akmaliyana) jalan dari belakang tempat basikal menuju ke tempat main basket. Bila jalan tuh. Aku nampak ada orang dekat tempat parking kereta. Kat jauh sana Odesi, Accord. Bukan tepi2 tempat keta Wan Bazlan salalu parking.
Orang tu lelaki. Dia nampak aku. Dia blah. Dia jalan relaks. Dia pandang aku buat tatau. Aku pun buat tatau balik. Masa tu aku jauh lagi. So aku tak nampak la muka dia, ketinggian dia.
Kejadian 2
Sealam (Hari Ahad. Hari same pergi raye rumah Kak Hanny). Aku (Akmaliyana) dengan
Alan balik dari 7e. Bila masuk ke perkarangan sunshine. Tibe2 ade orang lari dengan kelajuan orang berjogging keluar dari tempat keta belah sane.
Dia pakai baju hitam. Seluar hitam. Bertutup muka dengan tuala. Tapi aku tak boleh nak kata orang yang sama dengan kejadian 1.
Aku, Alan memula ingat budak sunshine duk melepek kat luar situh. Tapi orang luar tuh. Bukan nihonjin duduk hujung sane. Aku, Alan tengok jelah dia lari. Siap lari tengah2 antara kitarang lagi. Kekeke eh tergelak pulak. Kitorang rasa ayashi. Tapi tak jerit HOI! ke. Tak rasa nak kejar orang tu ke. Lagipun dia lari macam berjogging. Bukan lari menggelabah ke. Ntah Alan ni. Tak lari pulak dia g kejar orang tu. Kekeke. Tapi abunai lah mana tau tah2 orang tu ada pisau ke.
Alan dah panic. Takut-takut-takut katenye. Aku releks je. Tapi 5 minit pastu baru aku ter-ingat kejadian 1. Lepastu baru aku bimbang.
*
Hoh tak?
Berhati2 lah rakan2 sekilain. Kunci pintu ke ape ke.
Ber-raya rumah kak Hanny

Hoho gambar misteri pulak ye.
*
1) Pakat2 ber-konvoi ke rumah kak Hanny di Moji.
2) Kak Hanny masak nasik ambeng. Hoh sedap la nasi ambeng. Raya2 orang Jawa mmemang makan nasi ambeng ke?
3) Kak Yati masak cocktail. Yatt, Nas, Dena kek coklat. Sape tah masak kuih keria. Hehe. Gomen tatau makan je saye tau. Sape lagi ye yang masak.
*
Orang lain la pulak tulis.
*
OK. NI PENTING! HAH TENGOK SIAP CAPS! Eh buat entry baru lah.
update by Hanny
Terima kasih tak terhingga pada kohai tachi sebab sudi datang raya ke Teratak Shiawase kami kat Moji. Terima kasih tak terhingga kerana sudi melayan Haziq dan Hazim.
Er..Nasi Ambeng tuh bukan makan time raya tapi time kenduri doa selamat. Tapi boringlah trademark raya dengan rendang dan sebagainya so tuh yang tukar makan Nasi Ambeng (Kempen Memperkenalkan Makanan Jawa ke muka dunia).
Wednesday, October 8, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri
*
Saye tak pandai ber-blog menggunakan style ber-diari.. Jadi biar gambar menceritakan segalanye.
*
Malam Raye
Semayang2. Takbir2. Bincang2 Halal BiHalal Version Malaysia.
Pagi Raye
Semayang raya, Takbir dekat tempat beser. Ramai pulak IndonesiaN time nih.
Lepas tu raya ker rumah depan tu. Hoh lepak la seround dua.
Malam pulak pergi raya dekat Yamaguchi. Hoh tahun aku dulu, tahun lepas aku, tahun kemudian tak pernah oke sempai dari Ube datang Yamaguchi beraya. Tapi adalah sebab2 die.
Takde ape. Saje je mengimbau sejarah.
Raye BesarBesaran Hari Ahad
Raya besar2 an di hari Ahad. Kemian banyak makanan. Sampai tak tahu nak makan mana satu. Rugi rasanye. Banyak sangat makanan bes2 samapi tak boleh nak enjoy setiao satu makanan.
*
Kesian dekat tetamu2 yang datang. Tunggu2 punyala tunggu sampai majlis habis. Last2 kena tolong kemas. Kekekeke. Cadangan aku. Lepas ni kalau ada event. Bagitau la tetamu kalau nak balik dulu takpe. Sebab dalam budaya kita takpe je balik sebelum kenduri habis (eh yeke? yerasanye). Takpun lepas ambik gambar ramai2. MC bitau la dekat mic tu cakap terima kasih sudi datang kbye. Kelakar rasanye tetamu pun lap2 meja. Kikiki.
Just my 0.02cents.
*
Lepas ni raya dekat rumah kak Hanny pulak. Kak Fitriah punya rumah bile lagi. Kikikiki. Juga Open House Sunshine. Tanak buat ke. Hihi.
*
Gambar gotong royong cucuk sate, potong2 bawang, dll ada dalam camera saye. Tapi di mana dia, camera canon saya? Sape nampak angkat tangan.
*
Ktuje bye. Hoh berapdet juga blog nin.
Friday, September 5, 2008
Happy Kreng Day
*
Blog ni dah jadi blog wish happy birthday. Kikikiki.
*
Gambar salam perantau tak hantar lagi ni. Ala tak glam lah kiter tak masuk paper.
Saturday, August 23, 2008
Sambutan Hari Keputraan Ke - 21 Ammar Hafiz Bin Hishamuddin

Adib mengucapkan ribuan terima kasih kepada suma yg dtg mnyambut besdey die yg diiringi dengan sejambak kek dan percik2kan mainan pop2x yg dtaja oleh Mazli kun .. selepas kepulangan kita suma,rupa2xnya die menangis teresak2x n berguling2x kerana terpaksa mengemas rumah bersendirian.. haha..
selepas tu,adeb mndpt hidayah tuk menaja lunch ktorg arini(23hb 8 2008) bertempat di restoran fugu,shimonoseki.."amek je ape korg nk,ak blnja."kata adib sambil senyum simpul tersipu2..
p/s:kan bez gler kalo hari2 besday adeb,dpt mkn fugu free..ngeh3..
Happy A D E B Day
*
Ok. First nye. Selamat hari jadi ADeb. Hehe.
*
2nd. Hoh terima kasih le kepada yang sudi menjayakan majlis tadi. Hehe. Adoi tensi. Kenapa perkataan tak keluar ni? Otakku blank. Hoh betullah.
*
Cheese cake. Kek beli. Tanak buat sendiri.
Hoh bajet main happy birthday pakai giutar hero ke Zam Oyy. Kikiki.
Dah lewat malam ni kasihan Adeb tak boleh tidur. Huhu.
*
Gamba ramai2 kat Nas
***
Monday, August 18, 2008
Miyazaki Trip
Camping di tempat yang sama, Sakaematsu Beach Camping site.Tempat camping best sebab atas rumput cuma pantai tak best sebab banyak obor-obor!. Lepas habis makan nasi etc, kami bergerak bersama-sama ke Sun Messe, Aojima, Oni no sentaku ita, Heiwadai Koen dan last sekali tempat yang Md No nak pergi sangat, Kencho!. Nak jumpa chiji, Higashi. Akhirnya dapat gak jumpa ya!.
Untuk laporan ringkas boleh gi sini
Monday, August 11, 2008
Pantun Hagi 4 kerat
Seronok snagat Hagi.
Best dari Tsunoshima 10 kali.
Tapi bahaya la situ, hish.
Kanousei nak lemas, tinggi.
*
(Terlalu penAT
Untuk fikir ayAT)
*
Otsukaress minna~
*
[edited]
Ni list yang aku rasa nak gelak sangat.
1) Bola aku. Bola aku. BOLA AKU!
2) Kejadian menarik seluar.
3) Lepastu kena flying kick. KAKAKKAKAKA. ADOI!! LEtih aku gelak.
Lagi apetah tak ingat. Nanti ingat aku tulis.
Sunday, August 10, 2008
Saturday, August 9, 2008
Friday, August 8, 2008
Round 1
Tuesday, August 5, 2008
taikkukan,taikukan
eh main2 kat taikukan.
warga yamadai yg dah gemok2 belaka pakat turun ramai2 membakar lemak sambil beriadah,bersuka ria dan merapatkan silaturrahim.
main badminton,basketball,pingpong,bola tampar.kalo masa byk lagi ingat nk main baling selipar.mesti best.mcm kat 大平山 ari tu.tp yoyaku taikukan sampai kul 12 je,nk x nk kena stop main.
pas main2,g mkn2 kat shokudo.matnor senpai blanje mkn nasik.baik nye matnor senpai.kan bagus kalo tiap2 minggu camni.wat giliran sorang2 senpai blanje.ngeh3.kena sekeh aku kang.
Bola bola Api
Saturday, August 2, 2008
we lost our karipap..!
alhamdulillah..tak aku nafikan hari ni hari yang gumbira..tapi hakikatnya sedikit tersulam duka..
manakan tidak..hasrat di hati nak buatkan karipap untuk warga yamadai..
tapi..mungkin bukan rezeki agaknya..karipap yang dibuat hilang dalam sekelip mata! gomen ye sume..tak dapat korang rasa. Walopun rasa karipap tu entah pahape tapi teringin sangat nak bagi korang makan karipap tu..wargh..tragis gile!!!!! takpe2..yosh..insya Allah kalau diberi kesempatan di masa yg lain..aku akan cuba buatkan yang len...
picnic tsunoshima(btul ke)
sian fizah,penat2 wat karipap.hilang tanpa jejak.aku sempat cilok seketul je time tggu org lain siap pg td.
ape ntah nama umi tmpt picnic ari ni.tsunoshima ka naa...ni pes time aku n bdk2 1 nen mandi umi.best wooo...tp td kak yat n wan ckp hagi lg best.nk gi....!onegai senpai2 ku,jom g hagi next week!!!
walopun tmpt picnic ari ni xde la lawa n best sgt,tp enjoy gak la..dari g mandi taki ari tu,port pmpuan x besh.ari ni at least enjoy gak.
mknn ari ni,pizza sedap.kek brownies kak akmal mantap.nasik goreng kak yat & agar2 bdk JAD aku x mkn lak.tp mesti sedap nye.makasih kat sume yg bersusah payah sediakan makanan smpai x tido mlm pon ade.kami hanya bawak perut tp cukup berjasa gak la utk habiskan mknn.eh,x lupe utk fizah dan karipap2 nye yg didambai.ngeh3.
perjalanan ari ni jauh gile.3 jam.x penah lagik seumor idup aku jln jauh2 semata2 nk mandi laut je.balik mmg tido je sepanjang perjalanan.sian driver2,xde rest.jasa dan pengorbanan kalian diakhiri dgn ucapan jutaan tima kaseh.
kpd yg x join picnic ari ni,mggu depan hasut la warga2 yamadai lain,kite g hagi lak.
neway,utk senpai2 ku yg blom abih exam,gud luck!
Misteri Karipap Hilang
Siapa jumpa karipap hilang tersebut. Dia dapat makan banyak. Muekekekekkee.
Mana pergi tah karipap tu. Saye kempuanan tau~
*
Neway. Best la hari ni. Tanoshikatta~ Eh rasa nak pergi lagi je. Terima kasih kepada yang menceriakan hari saye hari ni. Juga terimass kepada yang plan, yang drive, yang memasak. Tak lupa kepada yang memasak, tapi kita semua tak makan. Huhu tak de rezeki. Takpeler.
Mueheheheheh.
*
Oke korang pulak tulis.
Happy Belated Birthday Bambang~
+++++
Tak berapdet pun blog kita. Minna busy, barangkali. Tapi takpe. Mari sini saye nak merapik. Muehehee.
Boleh tulis ikut gaya bahasa dan keserasian jiwa masing2 kan? Kalau tak berkenan dengan gaya bahasa saya ni. Saya minta maaf la awal2. Huhu.
*
Hi rakan2. Tu saya tengok dekat tepi tu. 29 July birthday Cik Bambang kita. Tak terlambat kot nak buat entry? Muehehehe.
Wah2 22 tahun dah hidupnye. Ewww dah ganyut. Ekekeke. Esok g umi nak buat kek lah untuk Bambang. Muehehehehe. Tengokla kalu rajin. Kau pergi umi tak Bambang?
Selamat hari jadi lah Bambang ye. Semoga happy2 selalu.
*
Eh ramai la birthday bulan Juli. Wan. Naim. Kak Fith. Yatt. Ha si Teng pun dah 21 tahun.
Otanjyoubi Omedetou Gozaimasu ye minna~
*
Yeay yeay. Esok Umi. Yeay22 mandi. Terima kasih la kepada yang susah payah plan. Jasamu kuhargai. Huhu.
*
K tu jelah. Pakat2 la tulis kat sini rakan2. Tak tulis panjang2 takpe kan? Sebaris pun takpe. Layan~ Asalkan hidup blog ni. Huhu.
*
Oh ye. Pai dah gerak ke Osaka kan? Flite dia 2 Ogos tak salah hambe. Selamat Pengantin Baru Pie. Ailevyu. Masak kek pisang Pai. Hari tu kau buat sedap tau.

Tangan kau inai camni ke nnt Pai.
Tuesday, July 22, 2008
Perkahwinan Pie & Ayie
Wedding reception- Details
Our wedding date: August 09, 2008
19 days until our wedding!
Salam friends,
We are more than happy to invite you to our wedding day:)
Venue: Dewan Salahuddin Al-Ayyubi,Taman Melati,KL
Date : 9th August 2008(Saturday)
Time : 12-4 pm
Please click on the link to view the invitation card.
http://farm4.static.flickr.com/3271/2626962922_5bc6ac8ea5_b.jpg
http://farm4.static.flickr.com/3273/2626143773_fe737d9321_b.jpg
PM us as soon as possible so that we can mail the invitation card to you. OK?
You can reach us by:
Yahoo!Messenger: azzuhri33 (Ayie) or pie_zax (Pie)
E-mail : azzuhri33@yahoo.com or pie_zax@yahoo.com
Your presence is greatly appreciated.We look forward to seeing you there!
Thank you and may Allah bless you.
Love,
Azan Dzuhri(Ayie) & Fairuz(Pie)
*Bagi yang berkesempatan pulang dan berada di Malaysia ketika majlis dilangsungkan, meriahkanlah majlis perkahwinan mereka dengan kehadiran anda. Dan kepada bakal pengantin; Ayie & Pie, semoga majlis perkahwinan anda nanti akan berjalan dengan lancar dan sempurna serta perkahwinan anda dicucuri rahmat sehingga ke cucu cicit. Ameen.
minta pada Dia..
Monday, July 21, 2008
shiken ganbarou
sempena musim exam ni,aku nk wish good luck kpd kwn2 sebumbung tp lain2 umah,dena fizah zam dan naim.walopun exam dh start last week,x terlambat lg nk wish rasenye.
x lupe pada senpai2 di ube tersayang.mewakili kwn2 1 nen yg lain,gud luck dan slamat memerah otak.kpd senpai2 yg xde exam pon,wish u guys the best of luck dlm kenkyu masing2.
di samping count down utk natsu yasumi,ryoko mahupun balik mesia,meh ler kite same2 menensionkan diri dgn buku2 dan nota2 sbg 'saigo no doryoku' seblom masuk dewan exam(atau lebih tepat lg bilik exam).
諦めないで最後まで頑張ろう!
teratak yamaguchi
Berkurun sudah hasrat ini terpendam. Dan bilamana cadangan kalian tentang blog ini; blog kita semua ini terlahir dari mulut kalian, betapa aku amat-amat menghargainya. Sebelum ini, hanya beberapa orang sahaja yang berblog. Maka kurang meriahlah kalau blog ini dibina sekalipun. Memandangkan sambutan pada tahun ini terhadap blog telah berkembang pesat di kalangan warga Yamaguchi, maka terlahirlah ini; teratak yamaguchi. Nama ini hanya idea ku; andai ada yang kurang berkenan dan punya nama indah yang lain, silalah kemukakan. Akan sama-sama kita ubah nanti. Dan harapanku, semoga di sini nanti akan tercoretlah kisah kita sepanjang berada di teratak indah (bahagia, aman, sentosa, permai) yamaguchi ini. Tak kira di kampus Yamaguchi mahupun Ube, tiada sawah yang dapat memisahkan kita.
Internet kan ada.
Disebabkan ini entry pertama, biarlah aku memperkenal tentang Yamaguchi dan universitinya.
Bagi yang pertama kali mendengar nama Yamaguchi ini, klik jaringan (link) ini dan ini untuk mengetahui serba sedikit tentang letak duduk Yamaguchi di Jepun. Universiti Yamaguchi terbahagi kepada tiga kampus iaitu Kampus Utama Yoshida (KUY), Kampus Kejuruteraan Ube (KKU) dan Kampus Perubatan Ube (KPU).
Pelajar Melayu yang memasuki Universiti Yamaguchi biasanya merupakan pelajar kejuruteraan kecuali kak Hanny yang merupakan pelajar Ekonomi. Bagi kebanyakan kami yang bermula daripada tahun pertama pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, kami memulakan hidup di KUY. Kehidupan di KKU akan bermula pada tahun kedua pengajian. Maka bagi sesetengah daripada kami yang memulakan pengajian daripada tahun kedua, kehidupan mereka di yamaguchi bermula di KKU. Bagi yang memulakan pengajian di KKU pada tahun ketiga, mereka terlebih dahulu memasuki Kolej Teknologi Nasional Jepun seperti Toyama National College of Technology, Gifu National College of Technology dan Matsue National College of Technology. Namun, berbeza bagi kak Hanny yang memulakan pengajian Sarjananya dalam bidang Ekonomi, beliau akan terus berada di KUY sehingga tamat pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah.
Selain itu, ada juga beberapa orang yang belajar di Tokuyama College of Technology dan Oshima National College of Maritime Technology. Mereka ini bakal meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing di peringkat universiti apabila menamatkan pengajian di kolej teknologi masing-masing.
Pada tahun ini, 2008, warga teratak yamaguchi adalah terdiri daripada 36 orang; 22 lelaki 14 perempuan. Jumlah ini adalah termasuk bekas pelajar Yamaguchi yang kini bekerja di Yamaguchi iaitu kak Fith dan suaminya, Ninja, serta suami kak Hanny,abang Farid yang kini bekerja di Kitakyushu.
Sekian sahaja edisi pengenalan untuk kali ini.
Dan untuk yang bakal menduduki perperiksaan, selamat berusaha dan berjaya.
Gaya bahasa untuk setiap entry adalah bebas mengikut gaya dan keserasian jiwa masing-masing.
Blog ini milik kita semua. Milik bersama.