We are Malaysians!

We are Malaysians!

Tuesday, November 11, 2008

Antara Kouyou dan ringgo gari

Sila undi untuk menentukan pilihan anda!
Hebahkan kepada semua, minat anda yang itu!
Jangan kerana terpaksa, diri anda merana!
Setiap undi anda itu bermakna!

Anda boleh mengundi di ruangan undi di sebelah kanan blog. Andai ada yang ingin ke tempat lain, sila nyatakan pandangan dan komen di ruangan komen.

Thursday, November 6, 2008

紅葉見



Kite2 ni... Tak berkouyoumi ke tahun nin?

Monday, November 3, 2008

Festival Belon Panas Antarabangsa Saga 2008


Perjalanan yang dirancang bermula pada jam 4 pagi akhirnya bergerak juga setelah jam melewati 5 pagi. Seramai 14 orang menyertai aktiviti percutian kali ini. Perjalanan bermula di Jomo untuk mengisi minyak dan terus memecut ke lebuhraya di Onoda demi mengejar masa yang telah berlalu.


Di lebuhraya, kanak-kanak Fit 1.3 telah dipaksa untuk mengejar pakcik Odyssey dan Accord yang mana masing-masing berkuasa kuda 2.0. Kanak-kanak Fit berjaya mengejar pakcik Odyssey dan Accord setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Peluh dan keringat yang mengalir di seluruh kanak-kanak Fit memang tidak dapat disangkal lagi. Bak air terjun Gunung Ledang di waktu pagi. Namun, cerita itu boleh diabaikan. Kembali kepada cerita asal, lebih kurang jam 6 pagi, kami berhenti di kawasan rehat dan rawat lebuhraya untuk menunaikan solat subuh yang agak-agak menuju kegajahan. Perjalanan diteruskan pada jam 6.30 pagi.


Perjalanan yang disambung masih memaksa aksi kejar-mengejar di antara kanak-kanak dan pakcik. Sehinggalah pakcik-pakcik itu terserempak dengan pak polisi di lebuhraya yang memandu dengan penuh hemah dan berhati-hati. Keadaan di samping pak polisi amat terkawal sehinggakan semua kereta beratur dengan sopan di belakang pak polisi. Hampir 15 ke 20 minit berlalu, pak polisi keluar di salah satu jalan keluar. Pakcik Odyssey kembali menunjukkan belang dan taringnya. Lantas pakcik Odyssey kembali memecut. Kanak-kanak Fit sekali lagi dipaksa bekerja keras.


Jam 7.28 pagi, kami keluar daripada lebuhraya menuju ke tapak FBPAS 2008. Berhenti seketika di tepi Restoran Chateau Bunga sambil menunggu pakcik Accord membayar tol. Jam 8 pagi, kami berjaya meletakkan kereta dengan membayar 500yen di sebuah kedai lori yang mengambil kesempatan menawarkan perkhidmatan tempat letak kereta dengan syarat meninggalkan kunci kereta supaya kereta senang dialihkan andai ada kereta terhalang yang ingin keluar.


Setelah puas menonton belon panas, kami bergerak ke Tosu Outlet pada jam 12 tengahari. Kanak-kanak Fit terpaksa pulang awal atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Maka baliklah kanak-kanak Fit seramai 5 orang pada jam 6.48 malam. Pakcik Odyssey dan Accord yang masih asyik membeli belah bergerak kemudian. Setelah pelbagai rintangan dilalui, kanak-kanak Fit tiba di Sunshine pada jam 9 malam.

Di FBPAS 2008, warga yamadai sempat berjumpa dan beramah mesra dengan warga universiti yang lain seperti Universiti Kyushu, Nagasaki dan Saga. Semoga ukhwah yang terjalin ini dapat kita teruskan di mana-mana festival atau keramaian yang anda.

P/S - gambar yang ada, silalah muat naik ke laman sawang kita supaya semua dapat melihat dan merasa