We are Malaysians!

We are Malaysians!

Thursday, November 19, 2009

Virtual Barbershop

Dengar klip ni pakai ear/headphone. Try tutup mata sambil dengar. Rasa mcm btol.
Aku try buka mata, rasa mcm cuak pun ada. Mcm kene kacau ngan hantu.

Ujian Penumpuan Perhatian



Saturday, October 31, 2009

Minggu Depan Ringgo Gari

Minggu depan Ringgo gari kot? InsyaAllah. Tapi tempatnye tak tau ler kat mana. Apa kata penonton2 sekalian yang carik. Ke ke ke. Oleh kerana ini aktiviti Yamadai, maka semua orang dialu2kan sanka.

Kesian, Assalamualaikum. join ye. jangan lupa carik tempat jugak. Ke ke ke.

Wednesday, October 28, 2009

nama saya bukan drogba

uish penat aku vacuum belog ni
dah berhabuk sangat lama tak update
sakit pinggang aku
"hai adam,baru satu malam dah sakit2 pinggang?"--nurkasih
hehe

oh ya kawan-kawan seperjuangan yamadai sekalian
dari segi pemerhatian aku, skrg nampak gaya macam dah nak kouyou la kan
any ideas?
lets diskus, buat plan dan jgn jadi katak bawah tempurung
bkn best pun jadi katak, kalau jadi lembu ka ayam ka ok gak,leh kami sembelih buat korban kan.. tak lawak

k ayuh kita buat plan

Friday, August 7, 2009

ex-yamadai dpt baby...

30 Julai 2009, 2 baby lelaki telah selamat dilahirkan ( bleh lak tarikh sama..pakat eh.. )

tahniah buat K.Fith + Ninja dpt hero baru..
n x lupe tahniah kat rafiqh gak coz dpt adik baru..huhu

Raziqh Takeshi Bin Mohammed Norwin Ishkandar.

Tarikh lahir : 30 Julai 2009

Waktu : 18:35 petang

Tempat : Ipoh Specialist Hospital

Berat : 3290 gm

Tinggi : 49 cm

sumber : kopi pes dr blog K.Fith..................................................

dan tahniah jugak kat pengantin baru tahun lepas Pie + Ayie dpt baby boy..

Name: Darwish bin Azan Dzuhri
Date of Birth: 30th July 2009, 1.25am
Weight: 3376 g
Height: 53 cm

sumber : ibu Darwish :p .............................................
tahniah dr kami penduduk ube kota keriangan... :)
pasni turn sape lak ek..hik2

Friday, July 17, 2009

exam is around the sudut

selamat menduduki exam kpd sume warga Yamadai.
semoga kita sama2 success dalam bidang masing2.
usaha sehabis daya dan tawakkal kpd Allah,insya Allah segalanya dipermudahkan.
dan jgn lupe bawak gakuseisyo time exam ye.
pensel asah siap2,sediakan pemadam spare.hehe...*pesanan mak dulu*


oh ye selingan kejap.

sori ye sume pemilik2 bersama teratak yamaguchi ni.
saye ade edit blog list kat blog saye,tp ntah knape nama2 blog kat teratak yamaguchi ni pon tertukar skali.
dah 3,4 kali try buat balik dah.still sama.

mintak maaf la ye kpd sape yg x bape nak berkenan ngan nama2 blog kat sebelah ni.

ok tu je.

selamat maju jaya.

Tuesday, July 14, 2009

Lawatan ke Kilang Kereta Jepun

Salam semua,

Sempena cuti natsu ini, akak berminat nak buat 工場見学 dalam bulan 8 sebelum puasa. Sebenarnya untuk research akak juga so terfikir untuk ajak kohai semua join. Senang nak apply untuk kengaku bawah nama “マレーシア留学生協会”.


Tempatnya:
1) Kilang Toyota di Kyushu (Miyawaka). Dari Moji naik highway dalam 1 jam setengah ada kot.
2) Kilang Nissan berdekatan dengan Kokura Minami. Kalau dari Moji dalam 45 minit.
Setiap satu kengaku memakan masa dalam 1 setengah jam. Tapi mungkin nak travel semua so dalam satu hari.


Plan date:
10, 11, 12, 13 Ogos 2009

Kalau tak kesah nak pergi time bulan puasa lak
24, 25, 26, 27 Ogos 2009 (rasanya ramai balik Malaysia)


Dua-dua kilang kereta ini ada beberapa factory tour course tapi akak plan untuk ambil course yang boleh tengok macam mana process kumitate kereta dari mula sampailah habis. Akak akan minta sessi Q&A. Oh ya, lawatan ke kilang ini adalah free of charge.


Macam mana?..Berminat tak?. Kalau ada student bukan Yamaguchi tapi di sekitar Kyushu boleh juga join sekali. Manalah tahu boleh dapat kerja engineer kat sini:). Kalau ada yang berminat atau minta date yang lain, boleh tulis kat comment. Or contact akak thru YM or mail or FB...


Jangan lepaskan peluang belajar bagaimana teknologi Jepun terutamanya dalam bidang automotif. Tolong sebarkan pada member yang lain yang mungkin service internetnya tergendala sebentar..Hehe...

update 1:
Minggu yang 10, 11 hb Ogos tuh ada Obon Yasumi so kilang cuti panjang.
Plan date: 17, 18, 19hb Ogos

Thursday, July 9, 2009

Blog Senyap2

Lawatilah blog warga yamadai ni. Maybe ada yg tak tau kan. Hehe.

YOUR LIFE YOUR WAY Live The Life You Deserve! - Ustat

Our Love Story
- Kak Fith

Friday, June 26, 2009

Natsu ga kuru kara..

Apa kita boleh buat yer panas2 ni.

Tengok hanabi (dekat rumah Kak Hanny. Hihihi)


Mandi pantai. Tsunoshima dengan Hagi. Dua2 pun nak pergi.




Sambil2 tu mesti la kena BBQ


Tak lupa juga hanabi yang dimain2kan sendiri.


*

Thursday, May 14, 2009

Wilayah Mulut Gunung

Dh 3 thn lebih aku duduk kat Yamaguchi nih. Tp aku rasa byk lagi aku tak tahu pasal Yamaguchi ni. Google n' Cerita pasal Yamaguchi lah. Sori la kadang2 aku tak tahu mcmmana nk trasnlate ke Bahasa Melayu.

Keluasan: 6,110.94 km² ( ke 22 terbesar)
Populasi: 1,490,072 jiwa (ke 25 plg byk)
Kepadatan: 248 jiwa/km²

Yamaguchi ni ada 13 bandar/city/shi(市):

Ube
Hofu
Kudamatsu
Mine
Shunan
Hikari
Shimonoseki
Yanai
Hagi
Nagato
Sanyo Onoda
Yamaguchi (Ibu Negeri/Ibu Ken?)
Iwakuni

Mesti ada yg korang tak penah tahu kan?



Bandar paling besar ialah Bandar Shimonoseki.Bila tgk map Yamaguchi aku rasa ada mirip Australia.

Yamaguchi juga ada 9 pekan/town/cho(町);

Fujikawaguchiko, Hayakawa, Ichikawamisato, Kajikazawa, Masuho, Minobu, Nanbu, Nishikatsura, Shōwa

Semua aku tak penah dengar...

Simbol2 Yamaguchi

Bendera/emblem
Baca kat laman web rasmi Yamaguchi, dia kata emblem ni menggabungkan karakter yama dan guchi ke dalam imej burung yg sedang terbang ke arah matahari. Tp aku nampak mcm pacman tengah bergerak ke bawah.

Bunga: Amanatsu/Natsumikan
Bunga ni bunga limau. Skrg tgh kembang. Bau dia wangi. Aku slalu terbau bile jln gi dai. Byk rumah yg ada pokok ni. Bes bau ni, rasa ceria je nk gi dai. Bau dia mcm melur/jasmine tapi lain sket ada sikit bau kelimauan (citrus smell). Oh dlm gambar tu nampak besar bunga ni. Saiz dia besar sket je dari melur. Kalau korang tau la bunga melur ni cmne. Drogba tau kot. Kaum dia ske bunga melur. hehe.

Pokok



Pokok ni nama dia Akamatsu (赤松) atau dlm Bahasa Kelantan: Japanese Red Pine.
Baru aku tau yg 松 ni maknanya pokok rhu. Ada sensei aku nama dia 小松. Pokok rhu kecil. Chomel gle. But trust me, nothing is small about him.

Nnate/Binatang

Binatang rasmi Wilayah Mulut Gunung ialah Deer. Ikut laman web yamaguchi mcm ni la rupanya. Tp aku rasa rusa mcm kat Pulau Miyajima lagi betul kot. Rusa kat Miyajima cmni ke? Rusa kat Nara? Kat Hokkaido? Sapa penah gi tempat2 ni?

BurungAnak: Bah, ni burung apa?
Ayah: Burung murai.
Anak: Burung apa?
Ayah: Burung murai.
Ulang 48 kali.
Ayah: Ko nk burung apa sebenarnya?
ihsan: Iklan Melankolik Petronas

Tu bukan burung murai. Burung ni nama dia ナベヅル鍋鶴)atau Hooded Crane. Burung ni takde kat Yamaguchi shi atau Ube shi. Ada kat Shunan shi je.

Burung dan binatang Wilayah ni ditentukan oleh warga Yamaguchi sendiri pada tahun 1964. AFUNDI RUSA dan AFUNDI NABEZURU.

Ikan


Fugu. Haiwan vertebrata(bertulang belakang) kedua paling beracun dlm dunia. Selambe je kita makan dgn berselera kat Michishio tuh. Yg dlm gambar ni nama dia takifugu. Walaupun nama dia fugu tp org panggil fuku. Kenapa? Sbb fuku(福)bermaksud 'baik punya' atau bertuah/ada 'ong'. Shimonoseki ialah tempat penjualan fugu terbesar nihon. Sebahagian fugu yg dinaikkan di Shimonoseki di beri brand 'Tora Fugu'.

Habis dh simbol2 Yamaguchi.

Korang tau tak sapa Governor/Menteri Besar Wilayah Mulut Gunung? Ni la dia. YB Sekinari Nii (二井 関成). Dia ni org sini jugak. Org Mine. Jadi MB dr tahun 1996. Lepasan Universiti Tokyo tuh. Umur 66 thn. Haaa Sapa berminat bleh la masuk meminang.

Dh agak malas nk menulis. Maka aku habiskan dengan senarai org feymes yg dtg dari Yamaguchi. Bukannya ramai pun.

1.Shinzo Abe - PM Jepang ke 90
2.Atsushi Tamura - London Boots (Shimonoseki)3.Sayumi Michishige- MoMusu G6 (Ube!!!)

4.Harukichi Yamaguchi- Pengasas Kumpulan Yamaguchi (Yamaguchi-gumi). Ya...

Sapa yg berminat nk tambah lagi, dipersilakan. Takpun buat je post baru.
Majulah Yamaguchi utk kita semua.

Monday, March 23, 2009

Sotsugyou Omedetou

Yamadaisei patut menjadikan sotsugyou shiki sebgai satu hari yang ditunggu tunggu. Satu hari yang kena pergi. Tak boleh tak pergi. Rugi la tak pergi. MEsti pergi tanak buat benda lain kalau ada benda lain nak buat benda tu buat besok haha.

*

Esok 24 Mac akan berlangsunglah majlis graduasi pelajar2 yang tamat belajar degree, master, mahupun phd. Kalau ikut kan sejarah saya duduk dekat Yamaguchi ni. Sekalipun tak pernah pergi sotsugyou shiki sempai2 ni. Kenape ye? Tak tau. Samada tak de dekat Yamaguchi. Ataupun tak tau la ada sotsugyou shiki.

Sotsugyou shiki ni memang lah boring. saya dah pergi 2 kali baru2 ni sotsu Alan dengan Wan Koseng. Tapi saya fikir, sotsugyoshiki esok ni saya masih nak pergi. Sebab ape ye.. Macam ni la.. Letak tepi la boring, lama, tak ade ape pun dekat sotsugyou shiki tu. Cuma fikir. Kita pergi untuk meraikan sempai/rakan2 yang tamat belajar. Tumpang gembira mereka2 yang dah berjaya.

Sesiapa pun kalau boleh nak mak ayah adik beradik datang hari kita genggam ijazah. Sebab kita jauh dari family. Kalau tak kohai2 yang meraikan sempai. Siapa lagi? Saya rasa, dengan kehadiran kita2 boleh menggembirakan sempai2 kita yang dah berjaya tersebut.

Pada pandangan saya, sebab tahun ni macam dah tak sempat. Tahun2 berikutnya kohai2 datang la sotsugyou shiki sempai2. Kumpul duit ramai2 beli bunga. Mungkin la bukan nak sangat bunga tu. Cuma.. Taknak la sabishi nan deskedo pada hari yang sepatutnya ber gembira..

*

ただ個人的の意見だけ。

Friday, March 6, 2009

Jamuan Perpisahan @ Sobestukai

11 Februari 2009, Selasa.

Hari itu bermula dengan aman, nyaman dan tenang. Aku yang berhasrat untuk tidak ke gakko hari ini kerana telah berniat dengan diri untuk fokus pada tesis di rumah mula berasa bahawa tindakan yang kuambil itu amatlah tepat. Dan aku teruskan hari ini dengan bergelumang dengan tesis dan segala-gala yang berkaitan.

Sehinggalah hiruk-pikuk mula kedengaran pada jam 11 pagi. Barangkali persediaan untuk malam ini; Majlis Perpisahan @ Sobetsukai untuk senior-senior yang bakal graduasi pada Mac tahun ini. Aku cuba abaikan bunyi bising dan riuh-rendah yang semakin lama semakin galak dan 'meriah'. Namun, semakin lama bunyi itu menghilangkan fokus ku pada tesis. Resah dengan hingar-bingar yang kutahu bakal berterusan sehingga ke petang hari, pintu rumah kukunci agar tiada sesiapa yang akan datang mengganggu biarpun dengan niat untuk bertegur sapa. Telinga kusumbat dengan fon telinga sambil mendengar lagu-lagu lain yang mampu memberi fokus pada tesis, bukannya pada hilai tawa dan borak mereka. Dan petang itu pun berakhir dengan satu lagi takah tesis dapat dicapai dalam proses menyiapkannya.

Tanpa kusedari, jam sudah menunjukkan 7 malam. Beberapa suara yang masih lagi kedengaran di luar rumah membuatkan aku menyangkakan bahawa jam baru sahaja pukul 6 malam. Majlis akan bermula pada jam 7.30. Aku menjadi kabut. Baju dan gaya bagaimanakah yang harus kudandan diri ini bagi memberi penghargaan kepada semua yang menjayakan majlis? Dalam keadaan yang agak gelabah, aku mula menelefon kepada rakan segraduasi untuk bertanyakan jenis dandannya. Dan bagi aku yang tak tahu bergaya dan berdandan ini, dengan baju yang terhad dan tidak ekslusif, tidak banyak gaya yang mampu aku fikirkan. Setelah membelek-belek baju sedia ada dan masa yang semakin suntuk, lantas aku berbaju melayu lengkap bersampin tanpa songkok berkot. Kot itu lebih kepada penambah haba memandangkan cuaca yang agak sejuk pada malam itu. Dan aku pun melangkah ke majlis pada jam 7.30.

Setiba di majlis, majlis belum bermula kerana masih ada yang belum tiba. Terutamanya tetamu-tetamu yang diraikan. Setelah itu ini untuk kemasan dan persiapan akhir, majlis bermula pada jam kurang lebih 8.30. Pada kaca mata biasa dan pemikiranku, acara majlis ini akan jadi seperti setiap tahun. Ucapan daripada pihak yang diraikan, pembahagian cenderahati, makan-makan, sesi bergambar, tamat.

Namun, aku mula merasakan kelainan majlis bilamana usai ucapan daripada pihak yang diraikan, tiada sebarang cenderahati diberikan. Ucapan dariku yang langsung tak tersusun butir bicara hanya dapat kusimpulkan dalam bentuk pantun yang agak banyak; lima rangkap kesemuanya. Seharusnya dua rangkap sudah memadai. Namun, berdiri di depan khalayak yang bakal aku tinggalkan di bumi Jepun dan belum tahu bila kan berjumpa semula, lidahku bagaikan terkelu dan kaku. Tak mampu berfikir akan semua itu kerana perasaan sebak sudah beraja di seluruh badan tika itu. Biar apapun yang terungkap dan terucap di majlis itu, aku ingin memohon maaf kepada semua warga Yamadai andai ada yang terguris hati dan perasaan oleh kata-kata mahupun tingkah laku diriku. Andai ada hutang yang masih belum kulunaskan; ingatkanlah. Bakal aku lunaskan. Tak mampu kusebut nama satu persatu ketika majlis kerana rasa gemuruh turut menyerbuku ketika di podium itu. Maafkan aku.

Majlis diteruskan dengan acara santap sampai kenyang. Menu kampung menjadi menu malam itu. Amat enak dan mengenyangkan. Aku sekali lagi kehairanan kerana ketika tetamu sedang sibuk bersantap, penganjur majlis tidak kelihatan. Sekadar beberapa orang yang turut makan bersama kami selepas menyusun kerusi dan menyediakan props. Tiba-tiba lampu dipadam dan saudara Wan mengambil alih peranan pengerusi majlis. Dan watak demi watak muncul bersketsa. Setiap watak menggambarkan sikap dan 'ayat-ayat best' yang pernah diungkapkan oleh setiap orang yang diraikan. Sambil bergelak ketawa melihat 'aksi sendiri' pada satu ketika dulu, aku seakan kagum dan terharu atas usaha penganjur majlis tahun ini. (Kreatif dan menarik.)

Dan tambah mengharukan, tayangan gambar-gambar lama yang dijadikan video membaurkan sejuta satu perasaan. Semuanya bercantum menjadi satu. Gambar-gambar aksi pelik dan perbezaan daripada tahun ke tahun amat menggeletek hati semua. Idea baru bagi majlis seperti ini di Ube.

Dan selepas itu barulah cenderahati disampaikan kepada semua yang diraikan. Tapi, bukan nama sahaja disebut, setiap nama dibubuh dengan gelaran berdasarkan fiil masing-masing. Sempai Paling Slumber; Pesot, Sempai Paling Ekonomi; Kreng, Sempai Anak Emas Syachou; Mame, Sempai Beg Tangan Paling Mahal; Pai. (maaf Kak Yati, tak ingat 'anugerah' untuk akak)

Kusangkakan majlis sudah berakhir, namun ada juga acara kota beracun. Niat untuk mengenakan semua yang diraikan nampak jelas di muka tantou acara itu; Pojik dan Matnor. Aku hampir-hampir dikenakan. Namun nasib menyebelahiku meski empat orang di kiri dan kanan ku tidak terlepas daripada niat jahat pengatur acara. Sempatlah bergelak ketawa sambil hati berdebar-debar setiap kali kotak beracun berada di tangan dan muzik seakan-akan ingin berhenti. Satu lagi idea kreatif untuk acara beramai-ramai selepas ini.

Sesungguhnya, aku benar-benar rasa terharu dan kagum atas usaha penganjur untuk memastikan majlis ini berjalan lancar dan berjaya. Terima kasih sekali lagi. Semoga majlis perpisahan ini bukan menjadi titik pertemuan terakhir yang memisahkan kita untuk selamanya. Kalaupun tak mampu bertemu di dunia, semoga kita bertemu kembali di syurga nanti. Dan aku doakan semoga kita semua berjaya dengan jalan hidup masing-masing. Dan kenangan di Ube ini takkan terluput dari ingatan kita semua. Wassalam.

gakko - sekolah (budaya Jepun memanggil universiti sebagai sekolah dalam perbualan seharian)
Yamadai - Yamaguchi University
Sempai - senior
Syachou - bos
tantou - ahli jawatan kuasa

* dipetik daripada sini

Tuesday, January 20, 2009

Dia datang lagi

Exam mai dah.

Sebagai memenuhi kuota satu entry sebulan blog ni. Saya mengucapkan selamat berjaya kepada semua yang akan menduduki peperiksaan walaupun seketul.

Ye, kita boleh!