We are Malaysians!

We are Malaysians!

Monday, March 23, 2009

Sotsugyou Omedetou

Yamadaisei patut menjadikan sotsugyou shiki sebgai satu hari yang ditunggu tunggu. Satu hari yang kena pergi. Tak boleh tak pergi. Rugi la tak pergi. MEsti pergi tanak buat benda lain kalau ada benda lain nak buat benda tu buat besok haha.

*

Esok 24 Mac akan berlangsunglah majlis graduasi pelajar2 yang tamat belajar degree, master, mahupun phd. Kalau ikut kan sejarah saya duduk dekat Yamaguchi ni. Sekalipun tak pernah pergi sotsugyou shiki sempai2 ni. Kenape ye? Tak tau. Samada tak de dekat Yamaguchi. Ataupun tak tau la ada sotsugyou shiki.

Sotsugyou shiki ni memang lah boring. saya dah pergi 2 kali baru2 ni sotsu Alan dengan Wan Koseng. Tapi saya fikir, sotsugyoshiki esok ni saya masih nak pergi. Sebab ape ye.. Macam ni la.. Letak tepi la boring, lama, tak ade ape pun dekat sotsugyou shiki tu. Cuma fikir. Kita pergi untuk meraikan sempai/rakan2 yang tamat belajar. Tumpang gembira mereka2 yang dah berjaya.

Sesiapa pun kalau boleh nak mak ayah adik beradik datang hari kita genggam ijazah. Sebab kita jauh dari family. Kalau tak kohai2 yang meraikan sempai. Siapa lagi? Saya rasa, dengan kehadiran kita2 boleh menggembirakan sempai2 kita yang dah berjaya tersebut.

Pada pandangan saya, sebab tahun ni macam dah tak sempat. Tahun2 berikutnya kohai2 datang la sotsugyou shiki sempai2. Kumpul duit ramai2 beli bunga. Mungkin la bukan nak sangat bunga tu. Cuma.. Taknak la sabishi nan deskedo pada hari yang sepatutnya ber gembira..

*

ただ個人的の意見だけ。

Friday, March 6, 2009

Jamuan Perpisahan @ Sobestukai

11 Februari 2009, Selasa.

Hari itu bermula dengan aman, nyaman dan tenang. Aku yang berhasrat untuk tidak ke gakko hari ini kerana telah berniat dengan diri untuk fokus pada tesis di rumah mula berasa bahawa tindakan yang kuambil itu amatlah tepat. Dan aku teruskan hari ini dengan bergelumang dengan tesis dan segala-gala yang berkaitan.

Sehinggalah hiruk-pikuk mula kedengaran pada jam 11 pagi. Barangkali persediaan untuk malam ini; Majlis Perpisahan @ Sobetsukai untuk senior-senior yang bakal graduasi pada Mac tahun ini. Aku cuba abaikan bunyi bising dan riuh-rendah yang semakin lama semakin galak dan 'meriah'. Namun, semakin lama bunyi itu menghilangkan fokus ku pada tesis. Resah dengan hingar-bingar yang kutahu bakal berterusan sehingga ke petang hari, pintu rumah kukunci agar tiada sesiapa yang akan datang mengganggu biarpun dengan niat untuk bertegur sapa. Telinga kusumbat dengan fon telinga sambil mendengar lagu-lagu lain yang mampu memberi fokus pada tesis, bukannya pada hilai tawa dan borak mereka. Dan petang itu pun berakhir dengan satu lagi takah tesis dapat dicapai dalam proses menyiapkannya.

Tanpa kusedari, jam sudah menunjukkan 7 malam. Beberapa suara yang masih lagi kedengaran di luar rumah membuatkan aku menyangkakan bahawa jam baru sahaja pukul 6 malam. Majlis akan bermula pada jam 7.30. Aku menjadi kabut. Baju dan gaya bagaimanakah yang harus kudandan diri ini bagi memberi penghargaan kepada semua yang menjayakan majlis? Dalam keadaan yang agak gelabah, aku mula menelefon kepada rakan segraduasi untuk bertanyakan jenis dandannya. Dan bagi aku yang tak tahu bergaya dan berdandan ini, dengan baju yang terhad dan tidak ekslusif, tidak banyak gaya yang mampu aku fikirkan. Setelah membelek-belek baju sedia ada dan masa yang semakin suntuk, lantas aku berbaju melayu lengkap bersampin tanpa songkok berkot. Kot itu lebih kepada penambah haba memandangkan cuaca yang agak sejuk pada malam itu. Dan aku pun melangkah ke majlis pada jam 7.30.

Setiba di majlis, majlis belum bermula kerana masih ada yang belum tiba. Terutamanya tetamu-tetamu yang diraikan. Setelah itu ini untuk kemasan dan persiapan akhir, majlis bermula pada jam kurang lebih 8.30. Pada kaca mata biasa dan pemikiranku, acara majlis ini akan jadi seperti setiap tahun. Ucapan daripada pihak yang diraikan, pembahagian cenderahati, makan-makan, sesi bergambar, tamat.

Namun, aku mula merasakan kelainan majlis bilamana usai ucapan daripada pihak yang diraikan, tiada sebarang cenderahati diberikan. Ucapan dariku yang langsung tak tersusun butir bicara hanya dapat kusimpulkan dalam bentuk pantun yang agak banyak; lima rangkap kesemuanya. Seharusnya dua rangkap sudah memadai. Namun, berdiri di depan khalayak yang bakal aku tinggalkan di bumi Jepun dan belum tahu bila kan berjumpa semula, lidahku bagaikan terkelu dan kaku. Tak mampu berfikir akan semua itu kerana perasaan sebak sudah beraja di seluruh badan tika itu. Biar apapun yang terungkap dan terucap di majlis itu, aku ingin memohon maaf kepada semua warga Yamadai andai ada yang terguris hati dan perasaan oleh kata-kata mahupun tingkah laku diriku. Andai ada hutang yang masih belum kulunaskan; ingatkanlah. Bakal aku lunaskan. Tak mampu kusebut nama satu persatu ketika majlis kerana rasa gemuruh turut menyerbuku ketika di podium itu. Maafkan aku.

Majlis diteruskan dengan acara santap sampai kenyang. Menu kampung menjadi menu malam itu. Amat enak dan mengenyangkan. Aku sekali lagi kehairanan kerana ketika tetamu sedang sibuk bersantap, penganjur majlis tidak kelihatan. Sekadar beberapa orang yang turut makan bersama kami selepas menyusun kerusi dan menyediakan props. Tiba-tiba lampu dipadam dan saudara Wan mengambil alih peranan pengerusi majlis. Dan watak demi watak muncul bersketsa. Setiap watak menggambarkan sikap dan 'ayat-ayat best' yang pernah diungkapkan oleh setiap orang yang diraikan. Sambil bergelak ketawa melihat 'aksi sendiri' pada satu ketika dulu, aku seakan kagum dan terharu atas usaha penganjur majlis tahun ini. (Kreatif dan menarik.)

Dan tambah mengharukan, tayangan gambar-gambar lama yang dijadikan video membaurkan sejuta satu perasaan. Semuanya bercantum menjadi satu. Gambar-gambar aksi pelik dan perbezaan daripada tahun ke tahun amat menggeletek hati semua. Idea baru bagi majlis seperti ini di Ube.

Dan selepas itu barulah cenderahati disampaikan kepada semua yang diraikan. Tapi, bukan nama sahaja disebut, setiap nama dibubuh dengan gelaran berdasarkan fiil masing-masing. Sempai Paling Slumber; Pesot, Sempai Paling Ekonomi; Kreng, Sempai Anak Emas Syachou; Mame, Sempai Beg Tangan Paling Mahal; Pai. (maaf Kak Yati, tak ingat 'anugerah' untuk akak)

Kusangkakan majlis sudah berakhir, namun ada juga acara kota beracun. Niat untuk mengenakan semua yang diraikan nampak jelas di muka tantou acara itu; Pojik dan Matnor. Aku hampir-hampir dikenakan. Namun nasib menyebelahiku meski empat orang di kiri dan kanan ku tidak terlepas daripada niat jahat pengatur acara. Sempatlah bergelak ketawa sambil hati berdebar-debar setiap kali kotak beracun berada di tangan dan muzik seakan-akan ingin berhenti. Satu lagi idea kreatif untuk acara beramai-ramai selepas ini.

Sesungguhnya, aku benar-benar rasa terharu dan kagum atas usaha penganjur untuk memastikan majlis ini berjalan lancar dan berjaya. Terima kasih sekali lagi. Semoga majlis perpisahan ini bukan menjadi titik pertemuan terakhir yang memisahkan kita untuk selamanya. Kalaupun tak mampu bertemu di dunia, semoga kita bertemu kembali di syurga nanti. Dan aku doakan semoga kita semua berjaya dengan jalan hidup masing-masing. Dan kenangan di Ube ini takkan terluput dari ingatan kita semua. Wassalam.

gakko - sekolah (budaya Jepun memanggil universiti sebagai sekolah dalam perbualan seharian)
Yamadai - Yamaguchi University
Sempai - senior
Syachou - bos
tantou - ahli jawatan kuasa

* dipetik daripada sini