We are Malaysians!

We are Malaysians!

Monday, July 21, 2008

teratak yamaguchi

Dengan lafaz basmalah, aku merasmikan blog penduduk yamaguchi ini.

Berkurun sudah hasrat ini terpendam. Dan bilamana cadangan kalian tentang blog ini; blog kita semua ini terlahir dari mulut kalian, betapa aku amat-amat menghargainya. Sebelum ini, hanya beberapa orang sahaja yang berblog. Maka kurang meriahlah kalau blog ini dibina sekalipun. Memandangkan sambutan pada tahun ini terhadap blog telah berkembang pesat di kalangan warga Yamaguchi, maka terlahirlah ini; teratak yamaguchi. Nama ini hanya idea ku; andai ada yang kurang berkenan dan punya nama indah yang lain, silalah kemukakan. Akan sama-sama kita ubah nanti. Dan harapanku, semoga di sini nanti akan tercoretlah kisah kita sepanjang berada di teratak indah (bahagia, aman, sentosa, permai) yamaguchi ini. Tak kira di kampus Yamaguchi mahupun Ube, tiada sawah yang dapat memisahkan kita.

Internet kan ada.

Disebabkan ini entry pertama, biarlah aku memperkenal tentang Yamaguchi dan universitinya.

Bagi yang pertama kali mendengar nama Yamaguchi ini, klik jaringan (link) ini dan ini untuk mengetahui serba sedikit tentang letak duduk Yamaguchi di Jepun. Universiti Yamaguchi terbahagi kepada tiga kampus iaitu Kampus Utama Yoshida (KUY), Kampus Kejuruteraan Ube (KKU) dan Kampus Perubatan Ube (KPU).

Pelajar Melayu yang memasuki Universiti Yamaguchi biasanya merupakan pelajar kejuruteraan kecuali kak Hanny yang merupakan pelajar Ekonomi. Bagi kebanyakan kami yang bermula daripada tahun pertama pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, kami memulakan hidup di KUY. Kehidupan di KKU akan bermula pada tahun kedua pengajian. Maka bagi sesetengah daripada kami yang memulakan pengajian daripada tahun kedua, kehidupan mereka di yamaguchi bermula di KKU. Bagi yang memulakan pengajian di KKU pada tahun ketiga, mereka terlebih dahulu memasuki Kolej Teknologi Nasional Jepun seperti Toyama National College of Technology, Gifu National College of Technology dan Matsue National College of Technology. Namun, berbeza bagi kak Hanny yang memulakan pengajian Sarjananya dalam bidang Ekonomi, beliau akan terus berada di KUY sehingga tamat pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah.

Selain itu, ada juga beberapa orang yang belajar di Tokuyama College of Technology dan Oshima National College of Maritime Technology. Mereka ini bakal meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing di peringkat universiti apabila menamatkan pengajian di kolej teknologi masing-masing.

Pada tahun ini, 2008, warga teratak yamaguchi adalah terdiri daripada 36 orang; 22 lelaki 14 perempuan. Jumlah ini adalah termasuk bekas pelajar Yamaguchi yang kini bekerja di Yamaguchi iaitu kak Fith dan suaminya, Ninja, serta suami kak Hanny,abang Farid yang kini bekerja di Kitakyushu.

Sekian sahaja edisi pengenalan untuk kali ini.

Dan untuk yang bakal menduduki perperiksaan, selamat berusaha dan berjaya.

Gaya bahasa untuk setiap entry adalah bebas mengikut gaya dan keserasian jiwa masing-masing.

Blog ini milik kita semua. Milik bersama.

6 comments:

cucutokjanggut said...

salam~
yosh..akhirnya aku org ptama yg bg komen..huhu..thnx to pem"booster" blog ni..meh kter coretkan ap yg tsirat di fikiran..mg prsaan suka, duka dpat kita sume kongsikan bersama
::one for all::

::NaS:: said...

semoga dgn adanya blog ni kankei kite sbg adik beradik lain mak lain ayah lebih kukuh dan erat.
peace!~

Zwan said...

cayalah ...

hanny said...

zaki,
tolong add as author
akak nyer e-mail add hannyzurina@yahoo.com
thanks

Lady Caca said...

yanacyang@gmail.com

yoroshike.

fauzi said...

emel beta
epitome_pz@yahoo.com