We are Malaysians!
Tuesday, November 11, 2008
Antara Kouyou dan ringgo gari
Hebahkan kepada semua, minat anda yang itu!
Jangan kerana terpaksa, diri anda merana!
Setiap undi anda itu bermakna!
Anda boleh mengundi di ruangan undi di sebelah kanan blog. Andai ada yang ingin ke tempat lain, sila nyatakan pandangan dan komen di ruangan komen.
Thursday, November 6, 2008
Monday, November 3, 2008
Festival Belon Panas Antarabangsa Saga 2008
Perjalanan yang dirancang bermula pada jam 4 pagi akhirnya bergerak juga setelah jam melewati 5 pagi. Seramai 14 orang menyertai aktiviti percutian kali ini. Perjalanan bermula di Jomo untuk mengisi minyak dan terus memecut ke lebuhraya di Onoda demi mengejar masa yang telah berlalu.
Di lebuhraya, kanak-kanak Fit 1.3 telah dipaksa untuk mengejar pakcik Odyssey dan Accord yang mana masing-masing berkuasa kuda 2.0. Kanak-kanak Fit berjaya mengejar pakcik Odyssey dan Accord setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Peluh dan keringat yang mengalir di seluruh kanak-kanak Fit memang tidak dapat disangkal lagi. Bak air terjun Gunung Ledang di waktu pagi. Namun, cerita itu boleh diabaikan. Kembali kepada cerita asal, lebih kurang jam 6 pagi, kami berhenti di kawasan rehat dan rawat lebuhraya untuk menunaikan solat subuh yang agak-agak menuju kegajahan. Perjalanan diteruskan pada jam 6.30 pagi.
Perjalanan yang disambung masih memaksa aksi kejar-mengejar di antara kanak-kanak dan pakcik. Sehinggalah pakcik-pakcik itu terserempak dengan pak polisi di lebuhraya yang memandu dengan penuh hemah dan berhati-hati. Keadaan di samping pak polisi amat terkawal sehinggakan semua kereta beratur dengan sopan di belakang pak polisi. Hampir 15 ke 20 minit berlalu, pak polisi keluar di salah satu jalan keluar. Pakcik Odyssey kembali menunjukkan belang dan taringnya. Lantas pakcik Odyssey kembali memecut. Kanak-kanak Fit sekali lagi dipaksa bekerja keras.
Jam 7.28 pagi, kami keluar daripada lebuhraya menuju ke tapak FBPAS 2008. Berhenti seketika di tepi Restoran Chateau Bunga sambil menunggu pakcik Accord membayar tol. Jam 8 pagi, kami berjaya meletakkan kereta dengan membayar 500yen di sebuah kedai lori yang mengambil kesempatan menawarkan perkhidmatan tempat letak kereta dengan syarat meninggalkan kunci kereta supaya kereta senang dialihkan andai ada kereta terhalang yang ingin keluar.
Setelah puas menonton belon panas, kami bergerak ke Tosu Outlet pada jam 12 tengahari. Kanak-kanak Fit terpaksa pulang awal atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Maka baliklah kanak-kanak Fit seramai 5 orang pada jam 6.48 malam. Pakcik Odyssey dan Accord yang masih asyik membeli belah bergerak kemudian. Setelah pelbagai rintangan dilalui, kanak-kanak Fit tiba di Sunshine pada jam 9 malam.
Di FBPAS 2008, warga yamadai sempat berjumpa dan beramah mesra dengan warga universiti yang lain seperti Universiti Kyushu, Nagasaki dan Saga. Semoga ukhwah yang terjalin ini dapat kita teruskan di mana-mana festival atau keramaian yang anda.
P/S - gambar yang ada, silalah muat naik ke laman sawang kita supaya semua dapat melihat dan merasa
Tuesday, October 14, 2008
xde cite pape pun,saje nk buh gmbr ni.sbb aku suke sungguh gmbr ni.
Open House Teratak Shiawase kak hanny sekeluarga di moji.
minna muka kenyang dan hepi.happening je.hah,ape kata gmbr salam perantauan seterusnye kite amik gmbr cmni.nmpk terang jelas dan nyata serta meriah.
tima kasih x terhingga utk kak hanny sekeluarga.mkn sedap sgt.lain kali kami dtg lagi..hikhikhik.
Monday, October 13, 2008
Warga Sunshine, sila ber-hati2
*
Kejadian 1
Hari Khamis malam Jumaat 9 Oct lalu. Dalam pukul berapa tah la tak ingat. 12-1 pagi gurai. Aku (Akmaliyana) jalan dari belakang tempat basikal menuju ke tempat main basket. Bila jalan tuh. Aku nampak ada orang dekat tempat parking kereta. Kat jauh sana Odesi, Accord. Bukan tepi2 tempat keta Wan Bazlan salalu parking.
Orang tu lelaki. Dia nampak aku. Dia blah. Dia jalan relaks. Dia pandang aku buat tatau. Aku pun buat tatau balik. Masa tu aku jauh lagi. So aku tak nampak la muka dia, ketinggian dia.
Kejadian 2
Sealam (Hari Ahad. Hari same pergi raye rumah Kak Hanny). Aku (Akmaliyana) dengan
Alan balik dari 7e. Bila masuk ke perkarangan sunshine. Tibe2 ade orang lari dengan kelajuan orang berjogging keluar dari tempat keta belah sane.
Dia pakai baju hitam. Seluar hitam. Bertutup muka dengan tuala. Tapi aku tak boleh nak kata orang yang sama dengan kejadian 1.
Aku, Alan memula ingat budak sunshine duk melepek kat luar situh. Tapi orang luar tuh. Bukan nihonjin duduk hujung sane. Aku, Alan tengok jelah dia lari. Siap lari tengah2 antara kitarang lagi. Kekeke eh tergelak pulak. Kitorang rasa ayashi. Tapi tak jerit HOI! ke. Tak rasa nak kejar orang tu ke. Lagipun dia lari macam berjogging. Bukan lari menggelabah ke. Ntah Alan ni. Tak lari pulak dia g kejar orang tu. Kekeke. Tapi abunai lah mana tau tah2 orang tu ada pisau ke.
Alan dah panic. Takut-takut-takut katenye. Aku releks je. Tapi 5 minit pastu baru aku ter-ingat kejadian 1. Lepastu baru aku bimbang.
*
Hoh tak?
Berhati2 lah rakan2 sekilain. Kunci pintu ke ape ke.
Ber-raya rumah kak Hanny

Hoho gambar misteri pulak ye.
*
1) Pakat2 ber-konvoi ke rumah kak Hanny di Moji.
2) Kak Hanny masak nasik ambeng. Hoh sedap la nasi ambeng. Raya2 orang Jawa mmemang makan nasi ambeng ke?
3) Kak Yati masak cocktail. Yatt, Nas, Dena kek coklat. Sape tah masak kuih keria. Hehe. Gomen tatau makan je saye tau. Sape lagi ye yang masak.
*
Orang lain la pulak tulis.
*
OK. NI PENTING! HAH TENGOK SIAP CAPS! Eh buat entry baru lah.
update by Hanny
Terima kasih tak terhingga pada kohai tachi sebab sudi datang raya ke Teratak Shiawase kami kat Moji. Terima kasih tak terhingga kerana sudi melayan Haziq dan Hazim.
Er..Nasi Ambeng tuh bukan makan time raya tapi time kenduri doa selamat. Tapi boringlah trademark raya dengan rendang dan sebagainya so tuh yang tukar makan Nasi Ambeng (Kempen Memperkenalkan Makanan Jawa ke muka dunia).
Wednesday, October 8, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri
*
Saye tak pandai ber-blog menggunakan style ber-diari.. Jadi biar gambar menceritakan segalanye.
*
Malam Raye
Semayang2. Takbir2. Bincang2 Halal BiHalal Version Malaysia.
Pagi Raye
Semayang raya, Takbir dekat tempat beser. Ramai pulak IndonesiaN time nih.
Lepas tu raya ker rumah depan tu. Hoh lepak la seround dua.
Malam pulak pergi raya dekat Yamaguchi. Hoh tahun aku dulu, tahun lepas aku, tahun kemudian tak pernah oke sempai dari Ube datang Yamaguchi beraya. Tapi adalah sebab2 die.
Takde ape. Saje je mengimbau sejarah.
Raye BesarBesaran Hari Ahad
Raya besar2 an di hari Ahad. Kemian banyak makanan. Sampai tak tahu nak makan mana satu. Rugi rasanye. Banyak sangat makanan bes2 samapi tak boleh nak enjoy setiao satu makanan.
*
Kesian dekat tetamu2 yang datang. Tunggu2 punyala tunggu sampai majlis habis. Last2 kena tolong kemas. Kekekeke. Cadangan aku. Lepas ni kalau ada event. Bagitau la tetamu kalau nak balik dulu takpe. Sebab dalam budaya kita takpe je balik sebelum kenduri habis (eh yeke? yerasanye). Takpun lepas ambik gambar ramai2. MC bitau la dekat mic tu cakap terima kasih sudi datang kbye. Kelakar rasanye tetamu pun lap2 meja. Kikiki.
Just my 0.02cents.
*
Lepas ni raya dekat rumah kak Hanny pulak. Kak Fitriah punya rumah bile lagi. Kikikiki. Juga Open House Sunshine. Tanak buat ke. Hihi.
*
Gambar gotong royong cucuk sate, potong2 bawang, dll ada dalam camera saye. Tapi di mana dia, camera canon saya? Sape nampak angkat tangan.
*
Ktuje bye. Hoh berapdet juga blog nin.
Friday, September 5, 2008
Happy Kreng Day
*
Blog ni dah jadi blog wish happy birthday. Kikikiki.
*
Gambar salam perantau tak hantar lagi ni. Ala tak glam lah kiter tak masuk paper.
Saturday, August 23, 2008
Sambutan Hari Keputraan Ke - 21 Ammar Hafiz Bin Hishamuddin

Adib mengucapkan ribuan terima kasih kepada suma yg dtg mnyambut besdey die yg diiringi dengan sejambak kek dan percik2kan mainan pop2x yg dtaja oleh Mazli kun .. selepas kepulangan kita suma,rupa2xnya die menangis teresak2x n berguling2x kerana terpaksa mengemas rumah bersendirian.. haha..
selepas tu,adeb mndpt hidayah tuk menaja lunch ktorg arini(23hb 8 2008) bertempat di restoran fugu,shimonoseki.."amek je ape korg nk,ak blnja."kata adib sambil senyum simpul tersipu2..
p/s:kan bez gler kalo hari2 besday adeb,dpt mkn fugu free..ngeh3..
Happy A D E B Day
*
Ok. First nye. Selamat hari jadi ADeb. Hehe.
*
2nd. Hoh terima kasih le kepada yang sudi menjayakan majlis tadi. Hehe. Adoi tensi. Kenapa perkataan tak keluar ni? Otakku blank. Hoh betullah.
*
Cheese cake. Kek beli. Tanak buat sendiri.
Hoh bajet main happy birthday pakai giutar hero ke Zam Oyy. Kikiki.
Dah lewat malam ni kasihan Adeb tak boleh tidur. Huhu.
*
Gamba ramai2 kat Nas
***
Monday, August 18, 2008
Miyazaki Trip
Camping di tempat yang sama, Sakaematsu Beach Camping site.Tempat camping best sebab atas rumput cuma pantai tak best sebab banyak obor-obor!. Lepas habis makan nasi etc, kami bergerak bersama-sama ke Sun Messe, Aojima, Oni no sentaku ita, Heiwadai Koen dan last sekali tempat yang Md No nak pergi sangat, Kencho!. Nak jumpa chiji, Higashi. Akhirnya dapat gak jumpa ya!.
Untuk laporan ringkas boleh gi sini
Monday, August 11, 2008
Pantun Hagi 4 kerat
Seronok snagat Hagi.
Best dari Tsunoshima 10 kali.
Tapi bahaya la situ, hish.
Kanousei nak lemas, tinggi.
*
(Terlalu penAT
Untuk fikir ayAT)
*
Otsukaress minna~
*
[edited]
Ni list yang aku rasa nak gelak sangat.
1) Bola aku. Bola aku. BOLA AKU!
2) Kejadian menarik seluar.
3) Lepastu kena flying kick. KAKAKKAKAKA. ADOI!! LEtih aku gelak.
Lagi apetah tak ingat. Nanti ingat aku tulis.
Sunday, August 10, 2008
Saturday, August 9, 2008
Friday, August 8, 2008
Round 1
Tuesday, August 5, 2008
taikkukan,taikukan
eh main2 kat taikukan.
warga yamadai yg dah gemok2 belaka pakat turun ramai2 membakar lemak sambil beriadah,bersuka ria dan merapatkan silaturrahim.
main badminton,basketball,pingpong,bola tampar.kalo masa byk lagi ingat nk main baling selipar.mesti best.mcm kat 大平山 ari tu.tp yoyaku taikukan sampai kul 12 je,nk x nk kena stop main.
pas main2,g mkn2 kat shokudo.matnor senpai blanje mkn nasik.baik nye matnor senpai.kan bagus kalo tiap2 minggu camni.wat giliran sorang2 senpai blanje.ngeh3.kena sekeh aku kang.
Bola bola Api
Saturday, August 2, 2008
we lost our karipap..!
alhamdulillah..tak aku nafikan hari ni hari yang gumbira..tapi hakikatnya sedikit tersulam duka..
manakan tidak..hasrat di hati nak buatkan karipap untuk warga yamadai..
tapi..mungkin bukan rezeki agaknya..karipap yang dibuat hilang dalam sekelip mata! gomen ye sume..tak dapat korang rasa. Walopun rasa karipap tu entah pahape tapi teringin sangat nak bagi korang makan karipap tu..wargh..tragis gile!!!!! takpe2..yosh..insya Allah kalau diberi kesempatan di masa yg lain..aku akan cuba buatkan yang len...

