We are Malaysians!

We are Malaysians!

Sunday, July 17, 2011

Ke Laut Kita...

Bismillah...

Apa khabar warga PAMY yang dikasihi sekalian?
Fuhhh, payah juga rupanya nak tulis blog ni.Bila aku (dengan izin ye warga PAMY..) tengok-tengok balik jam, rupanya aku habis dah setengah jam untuk fikir ayat pertama nak tulis ni.. Tapi camne pun, dengan pengalaman menulis yang setahun jagung ni, aku nak tulis gak kat sini..Selamat membaca hingga akhir \(^o^)/
---------------------------------------------------------------------------------------------------

First sekali, mungkin kita boleh review sket apa yang telah berlaku sepanjang seminggu dua di sekitar Ube dan jajahan takluknya.
25 Jun 2011 ==>mandi taki(air terjun) yamaguchi
2 Julai 2011 ==> FITDAY AMIR Kyushu
10 Julai 2011 ==>mandi umi (laut) Hagi
16 Julai 2011 ==> mandi umi lagi Tsunoshima

Alhamdulillah, banyak betul aktiviti yang telah Allah izinkan untuk kita rancang dan buat. Walaupun aku tak dapat nak join semua aktiviti tadi, tapi aku dapat simpulkan 1 benda bahawa warga PAMY memang suka mandi. Mungkin disebabkan natsu(musim panas)tahun ni yang agak panas seperti natsu tahun lepas. (gambar boleh tengok FB, den x cukup rajin nak pos kat sini)

Bercakap pasal aktiviti kat atas tu, aku ingin mengucapkan tahniah kepada kontinjen bola tampar, badminton dan pingpong PAMY yang berjaya menggondol medal-medal dengan cemerlangnya di FITDAY aritu. Kerjasama dan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh korang semua(termasuk aku sendiri) memang sangat memberangsangkan pun..Ternyata warga PAMY memang hebat bukan sekadar diatas meja dan kerusi kuliah tetapi juga diatas gelanggang.(gambar yang ni pun boleh tengok kat FB)

Tengah-tengah tulis ni teringat plak 1 kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Omar R.A. Ceritanya panjang,aku cuba pendekkan mana yang boleh yea..

Alkisahnya, Khalifah Omar masa tu sedang mengimamkan solat Subuh secara berjemaah dengan disertai oleh sahabat-sahabat yang lain dibelakang. Tengah-tengah khusyuk solat tu, datanglah Abu Lu`luah( kira dia tak join skali solat Subuh tu r kot..) dengan pisau/pedang yang tajam dan dengan selambanya dia menikam Omar di dada dan juga di perut. Tak cukup dengan itu lagi, dirobek perut Omar (ala-ala harakiri) sampai terburai isi perut Omar...Adoyai ,sakit woo..
Omar pengsan dan tugas imam diganti Abdul Rahman bin Auf yang mana dia telah memendekkan solat untuk memeriksa status Omar(status kesihatan bukan status YM ye..). Omar yang pengsan seketika tadi tu bangun dan bertanya pada sahabat2,
"Sudahkan kalian sume menunaikan solat?" berkali-kali..

Pastu , Omar memanggil anaknya Abdullah dan meminta dibawakan air. Abdullah datang kepada ayahnya yang tengah berlumuran darah tu dan berkata (lebih kurang camni kot bunyinya),
"Ayahku, tadi baru sat bagi ayah minum susu. Tapi semua susu tu keluaq balik lalu perut tu. Lani ayah nak minum ayaq jugak ka?" (ok, aku bukan orang utara..)

Omar menjawab,
"Aku bukan nak minum la anak ku woii..Aku nak amek air wudu` ni .Tak solat Subuh lagi ni kot.."

Ok,aku matikan citer Omar ni sampai situ je. Ending dia kalo nak tau, boleh baca sendiri atau mungkin korang sume dah tau dah kot. Kita boleh nampak camne Omar dan para sahabat begitu menjaga solat mereka. Bahkan Omar (selaku khalifah pada masa itu), boleh pulak tanya kat sahabat yang depa ni solat ke belum. Kalo ikut logik kita, sahabat Rasulullah tu konpem2 dah jaga solat, tak payah nak tanya pun takpe. Mungkin Omar boleh tanya " Dah dapat tangkap ke irang yang tikam aku tadi?" takpun " Luka aku ni teruk tak?Bape lama boleh sembuh?".

Lets take a DEEP look into ourself together..

Pisang emas beli di gyomu supa,
Makan sebiji dipohon semalu,
Solat kita jangan dilupa,
Hidup PAMY bahagia selalu.