We are Malaysians!

We are Malaysians!

Tuesday, July 22, 2008

Perkahwinan Pie & Ayie

Assalamualaikum. Sekadar peringatan dan pemberitahuan semula mengenai perkahwinan saudari Fairuz a.k.a Pie dan saudara Azan Dzuhri a.k.a Ayie. Butir-butir majlis adalah seperti di bawah seperti yang tertera di laman web asal Majlis Perkahwinan Azan Dzuhri & Fairuz.

Wedding reception- Details

Our wedding date: August 09, 2008

19 days until our wedding!

Salam friends,

We are more than happy to invite you to our wedding day:)

Venue: Dewan Salahuddin Al-Ayyubi,Taman Melati,KL
Date : 9th August 2008(Saturday)
Time : 12-4 pm

Please click on the link to view the invitation card.
http://farm4.static.flickr.com/3271/2626962922_5bc6ac8ea5_b.jpg
http://farm4.static.flickr.com/3273/2626143773_fe737d9321_b.jpg

PM us as soon as possible so that we can mail the invitation card to you. OK?
You can reach us by:

Yahoo!Messenger: azzuhri33 (Ayie) or pie_zax (Pie)

E-mail : azzuhri33@yahoo.com or pie_zax@yahoo.com

Your presence is greatly appreciated.We look forward to seeing you there!

Thank you and may Allah bless you.

Love,
Azan Dzuhri(Ayie) & Fairuz(Pie)

*Bagi yang berkesempatan pulang dan berada di Malaysia ketika majlis dilangsungkan, meriahkanlah majlis perkahwinan mereka dengan kehadiran anda. Dan kepada bakal pengantin; Ayie & Pie, semoga majlis perkahwinan anda nanti akan berjalan dengan lancar dan sempurna serta perkahwinan anda dicucuri rahmat sehingga ke cucu cicit. Ameen.

minta pada Dia..


"bukankah Kami telah melapangkan dadamu? dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu. yang memberatkan punggungmu. dan Kami telah tinggikan sebutan namamu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai dari suatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk yang lain.dan hanya kepada tuhanmulah engkau berharap " (al-insyirah : 1~8)
andainya kini ada terasa sempit di hatimu..luaskanlah ia
andainya kini ada tegang dalam fikiranmu..longgarkan ia seketika
andainya kini kau rasakan diri kau berada dalam kesusahan..bersabarlah kerna kelak kau akan temui kesenangan

selamat ber"perang" kepada semua! dengan masa yang masih berbaki ini,berusahalah sedaya yang mungkin..moga usaha kita dipandangNya..rapatkan diri padaNya..utamakan hak Dia dalam kita berusaha..insyaAllah kejayaan + keberkatanNya sentiasa bersama kita..

~19 rejab 1429h~

Monday, July 21, 2008

shiken ganbarou

yeah 2nd entry~

sempena musim exam ni,aku nk wish good luck kpd kwn2 sebumbung tp lain2 umah,dena fizah zam dan naim.walopun exam dh start last week,x terlambat lg nk wish rasenye.

x lupe pada senpai2 di ube tersayang.mewakili kwn2 1 nen yg lain,gud luck dan slamat memerah otak.kpd senpai2 yg xde exam pon,wish u guys the best of luck dlm kenkyu masing2.

di samping count down utk natsu yasumi,ryoko mahupun balik mesia,meh ler kite same2 menensionkan diri dgn buku2 dan nota2 sbg 'saigo no doryoku' seblom masuk dewan exam(atau lebih tepat lg bilik exam).

諦めないで最後まで頑張ろう!

teratak yamaguchi

Dengan lafaz basmalah, aku merasmikan blog penduduk yamaguchi ini.

Berkurun sudah hasrat ini terpendam. Dan bilamana cadangan kalian tentang blog ini; blog kita semua ini terlahir dari mulut kalian, betapa aku amat-amat menghargainya. Sebelum ini, hanya beberapa orang sahaja yang berblog. Maka kurang meriahlah kalau blog ini dibina sekalipun. Memandangkan sambutan pada tahun ini terhadap blog telah berkembang pesat di kalangan warga Yamaguchi, maka terlahirlah ini; teratak yamaguchi. Nama ini hanya idea ku; andai ada yang kurang berkenan dan punya nama indah yang lain, silalah kemukakan. Akan sama-sama kita ubah nanti. Dan harapanku, semoga di sini nanti akan tercoretlah kisah kita sepanjang berada di teratak indah (bahagia, aman, sentosa, permai) yamaguchi ini. Tak kira di kampus Yamaguchi mahupun Ube, tiada sawah yang dapat memisahkan kita.

Internet kan ada.

Disebabkan ini entry pertama, biarlah aku memperkenal tentang Yamaguchi dan universitinya.

Bagi yang pertama kali mendengar nama Yamaguchi ini, klik jaringan (link) ini dan ini untuk mengetahui serba sedikit tentang letak duduk Yamaguchi di Jepun. Universiti Yamaguchi terbahagi kepada tiga kampus iaitu Kampus Utama Yoshida (KUY), Kampus Kejuruteraan Ube (KKU) dan Kampus Perubatan Ube (KPU).

Pelajar Melayu yang memasuki Universiti Yamaguchi biasanya merupakan pelajar kejuruteraan kecuali kak Hanny yang merupakan pelajar Ekonomi. Bagi kebanyakan kami yang bermula daripada tahun pertama pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, kami memulakan hidup di KUY. Kehidupan di KKU akan bermula pada tahun kedua pengajian. Maka bagi sesetengah daripada kami yang memulakan pengajian daripada tahun kedua, kehidupan mereka di yamaguchi bermula di KKU. Bagi yang memulakan pengajian di KKU pada tahun ketiga, mereka terlebih dahulu memasuki Kolej Teknologi Nasional Jepun seperti Toyama National College of Technology, Gifu National College of Technology dan Matsue National College of Technology. Namun, berbeza bagi kak Hanny yang memulakan pengajian Sarjananya dalam bidang Ekonomi, beliau akan terus berada di KUY sehingga tamat pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah.

Selain itu, ada juga beberapa orang yang belajar di Tokuyama College of Technology dan Oshima National College of Maritime Technology. Mereka ini bakal meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing di peringkat universiti apabila menamatkan pengajian di kolej teknologi masing-masing.

Pada tahun ini, 2008, warga teratak yamaguchi adalah terdiri daripada 36 orang; 22 lelaki 14 perempuan. Jumlah ini adalah termasuk bekas pelajar Yamaguchi yang kini bekerja di Yamaguchi iaitu kak Fith dan suaminya, Ninja, serta suami kak Hanny,abang Farid yang kini bekerja di Kitakyushu.

Sekian sahaja edisi pengenalan untuk kali ini.

Dan untuk yang bakal menduduki perperiksaan, selamat berusaha dan berjaya.

Gaya bahasa untuk setiap entry adalah bebas mengikut gaya dan keserasian jiwa masing-masing.

Blog ini milik kita semua. Milik bersama.