We are Malaysians!

We are Malaysians!

Thursday, March 22, 2012

Patah Tumbuh Hilang Berganti

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah al-Baqarah: 216-

buat senpai tachi yg bakal meneruskan perjalanan di simpang dan selekoh yg berbeza

buah pauh delima batu
anak sembilang di tapak tangan
walau jauh beribu batu
hilang di mata di hati jangan

untuk kouhai tachi yg bakal berganding bahu berjalan seiringan

anak selama dalam perahu
satu mati masih ligat
bersama kita berganding bahu
bersatu hati aman sejagat

akhir kata
akhirat itu terlalu nyata,kepada hati yang tidak buta


Friday, January 6, 2012

^-^ Berlabuh sudah tirai 2011 ^.^

semoga segala amalan dan perbuatan buruk yang dilarang dan dibenci oleh Allah yang telah kita kerjakan sepanjang tahun 2011 mendapat keampunan daripadaNya. jom bertaubat jom. moga taubat nasuha kita diterima olehNya insyaAllah.

semoga segala amalan dan perbuatan baik yang telah kita kerjakan sepanjang tahun 2011 mendapat redha Allah dan penuh barakah.

Alhamdulillah 2012 benar-benar telah datang. moga dalam tahun ini kita semua mendapat perlindungan daripada godaan syaitan dan konco-konconya. moga kita semua mendapat pertolongan daripadaNya supaya dapat kita mengalahkan hawa nafsu amarah yang senantiasa mengajak pada kejahatan dan kezaliman.

alhamdulillah ney ada sedikit gambar kenang-kenangan sepanjang 2011 yang sy dapat dari sahabat2 semua..arigatoune ^^


sharing session@curhat edisi hanami
tadabbur alam edisi taki2
masam-masam manis edisi ichigogari

JOM MENGAGUNGKAN CIPTAAN ALLAH SAMBIL MANDI LAUT DAN PANJAT BUKIT

BERSATU KITA MAJU, UKHWAH KERANA ALLAH PASTI SANGAT INDAH



Tidak Allah ciptakan hanya lelaki di muka bumi, begitu juga tidak hanya wanita. Dan kewujudan kedua-duanya pula disertai dengan beberapa garis panduan penting, yang hanya akan dikecapi hikmahnya oleh manusia cerdik lagi suka berfikir.

............一緒なら変われる...........\(^0^)/.......2012,here we are............









Sunday, July 17, 2011

Ke Laut Kita...

Bismillah...

Apa khabar warga PAMY yang dikasihi sekalian?
Fuhhh, payah juga rupanya nak tulis blog ni.Bila aku (dengan izin ye warga PAMY..) tengok-tengok balik jam, rupanya aku habis dah setengah jam untuk fikir ayat pertama nak tulis ni.. Tapi camne pun, dengan pengalaman menulis yang setahun jagung ni, aku nak tulis gak kat sini..Selamat membaca hingga akhir \(^o^)/
---------------------------------------------------------------------------------------------------

First sekali, mungkin kita boleh review sket apa yang telah berlaku sepanjang seminggu dua di sekitar Ube dan jajahan takluknya.
25 Jun 2011 ==>mandi taki(air terjun) yamaguchi
2 Julai 2011 ==> FITDAY AMIR Kyushu
10 Julai 2011 ==>mandi umi (laut) Hagi
16 Julai 2011 ==> mandi umi lagi Tsunoshima

Alhamdulillah, banyak betul aktiviti yang telah Allah izinkan untuk kita rancang dan buat. Walaupun aku tak dapat nak join semua aktiviti tadi, tapi aku dapat simpulkan 1 benda bahawa warga PAMY memang suka mandi. Mungkin disebabkan natsu(musim panas)tahun ni yang agak panas seperti natsu tahun lepas. (gambar boleh tengok FB, den x cukup rajin nak pos kat sini)

Bercakap pasal aktiviti kat atas tu, aku ingin mengucapkan tahniah kepada kontinjen bola tampar, badminton dan pingpong PAMY yang berjaya menggondol medal-medal dengan cemerlangnya di FITDAY aritu. Kerjasama dan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh korang semua(termasuk aku sendiri) memang sangat memberangsangkan pun..Ternyata warga PAMY memang hebat bukan sekadar diatas meja dan kerusi kuliah tetapi juga diatas gelanggang.(gambar yang ni pun boleh tengok kat FB)

Tengah-tengah tulis ni teringat plak 1 kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Omar R.A. Ceritanya panjang,aku cuba pendekkan mana yang boleh yea..

Alkisahnya, Khalifah Omar masa tu sedang mengimamkan solat Subuh secara berjemaah dengan disertai oleh sahabat-sahabat yang lain dibelakang. Tengah-tengah khusyuk solat tu, datanglah Abu Lu`luah( kira dia tak join skali solat Subuh tu r kot..) dengan pisau/pedang yang tajam dan dengan selambanya dia menikam Omar di dada dan juga di perut. Tak cukup dengan itu lagi, dirobek perut Omar (ala-ala harakiri) sampai terburai isi perut Omar...Adoyai ,sakit woo..
Omar pengsan dan tugas imam diganti Abdul Rahman bin Auf yang mana dia telah memendekkan solat untuk memeriksa status Omar(status kesihatan bukan status YM ye..). Omar yang pengsan seketika tadi tu bangun dan bertanya pada sahabat2,
"Sudahkan kalian sume menunaikan solat?" berkali-kali..

Pastu , Omar memanggil anaknya Abdullah dan meminta dibawakan air. Abdullah datang kepada ayahnya yang tengah berlumuran darah tu dan berkata (lebih kurang camni kot bunyinya),
"Ayahku, tadi baru sat bagi ayah minum susu. Tapi semua susu tu keluaq balik lalu perut tu. Lani ayah nak minum ayaq jugak ka?" (ok, aku bukan orang utara..)

Omar menjawab,
"Aku bukan nak minum la anak ku woii..Aku nak amek air wudu` ni .Tak solat Subuh lagi ni kot.."

Ok,aku matikan citer Omar ni sampai situ je. Ending dia kalo nak tau, boleh baca sendiri atau mungkin korang sume dah tau dah kot. Kita boleh nampak camne Omar dan para sahabat begitu menjaga solat mereka. Bahkan Omar (selaku khalifah pada masa itu), boleh pulak tanya kat sahabat yang depa ni solat ke belum. Kalo ikut logik kita, sahabat Rasulullah tu konpem2 dah jaga solat, tak payah nak tanya pun takpe. Mungkin Omar boleh tanya " Dah dapat tangkap ke irang yang tikam aku tadi?" takpun " Luka aku ni teruk tak?Bape lama boleh sembuh?".

Lets take a DEEP look into ourself together..

Pisang emas beli di gyomu supa,
Makan sebiji dipohon semalu,
Solat kita jangan dilupa,
Hidup PAMY bahagia selalu.

Tuesday, July 12, 2011

PAMY 2011 kembali



Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera warga PAMY yang disayangi .. ^^

Saya teringat tatkala blog ini dibina hasil perbincangan kami ketika itu yang rata-rata punyai blog peribadi. Saya masih kouhai hingusan di tahun pertama,2008.

Timbul suatu idea pada ketika itu untuk membukukan memori-memori suka duka di Yamaguchi , di laman.
Suka Duka Kita.
Terima kasih kepada mastermind,dai senpai Lupang. (selamat pengantin baru!) dan Kak Hanny sebagai pemula batu loncatannya.

Sebagaimana kita sekarang maha aktif dengan update di facebook, fungsi blog ini juga serupa pada ketika itu, dan moga-moga masih hingga ke saat ini.

Walaupun saya tidak pasti apakah signifikannya, namun saya kira tidak salah meluaskan lagi jaringan kita. Disamping dapat juga menulis dalam skala yang lebih luas di samping singgah ke laman blog sesama sendiri.


InsyaAllah blog ini kita guna sama-sama.

Updatelah ikut kesesuaian kita semua..

Have a nice and bless day ^^ !


Wednesday, July 21, 2010

Testing2 1 2 3 4 5

Assalammualaikum warga Yamadai sekalian alam,

Ish, lamanya tak masuk sini, haa tuh dia, nak dekat setahun dah blog ni ditinggalkan sepi, kesiannn... Mentang2 dah ada facebook eh, pakat2 lupa dah ek kat suka-duka-kita...

Thank you Nas sebab invited kakFith, dari dulu dok tunggu2 takdak orang sudi pun nak ajak masuk, huhu(tipu!), orang takdak kerja ni memang rajin ja nak menulis, tapi takkan nak merapu meghaban kat blog orang kan, blog sendiri pun tak larat nak update, kehkehkeh...

Okeh, nak habaq kata dengaq2 nak shiken dah kan, gambatte ne! Bila start bila habis kakFith taktau(hari tu belas2 kali tanya dah tapi almaklumlah memori ni kureng sikit, cepat lupa), insyaAllah tochuu de kita ber-party(note: birthday party Raziqh Takeshi insyaAllah nextweek). Nak ajak mai makan saja, kot kalau terlebih rajin sila laa offer diri untuk datang membantu, hihiks.

Good luck ye, moga Allah mempermudahkan urusan pengajian kalian. Moga semua berjaya lulus dengan cemerlang!!!

Thursday, November 19, 2009

Virtual Barbershop

Dengar klip ni pakai ear/headphone. Try tutup mata sambil dengar. Rasa mcm btol.
Aku try buka mata, rasa mcm cuak pun ada. Mcm kene kacau ngan hantu.

Ujian Penumpuan Perhatian



Saturday, October 31, 2009

Minggu Depan Ringgo Gari

Minggu depan Ringgo gari kot? InsyaAllah. Tapi tempatnye tak tau ler kat mana. Apa kata penonton2 sekalian yang carik. Ke ke ke. Oleh kerana ini aktiviti Yamadai, maka semua orang dialu2kan sanka.

Kesian, Assalamualaikum. join ye. jangan lupa carik tempat jugak. Ke ke ke.